Monday 4 June 2012

Assalamualaikum .Ana tertarik dgn pernyataan seorang sahabat kita yang cukup hensem serta tinggi ilmunya iaitu 

''Aku tengah bingung nii.....apasal biler orang tanyer "mu nak jenis suami macam maner" lepas tu....dier pun jawab "aku nak suami yang soleh" tpi biler time juper orang lelaki mula la wak gedik... orang lelaki yang soleh suka perempuan gedik ker...jdi kalau nak suami yang soleh, jagalah pandangan mu sesungguhnya lelaki ni sebnarnya suka tengok perempuan yang suka jaga pandangannya.....(^_^) my trademark......''
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ingin saya kongsikan beberapa ayat al-qur'an yang boleh kita aplikasikan dalam hidup kita

Surah An-Nur

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang
beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) ...... (ayat 30)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) ......(ayat 31)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya)
perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah
bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (ayat-26)

- Kalau nak pasangan yang baik maka perbaikilah diri sendiri terdahulu. (★^O^★)
- Kalau nak pasangan yang gedik x tahu mende maka pergedikanlah diri anda . (please jangan) (ノдヽ)

cute note 4 my buddy

aku menangis bukan kerana..........

Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seraya seorang lelaki menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?”
Kalau bercinta ♥,
jangan berkepit macam belangkas ♥,
hantar surat berbelas-belas ♥,
SMS berbalas-balas ♥,
masa dating sebelah tandas ♥,
berpeluk-peluk dalam bas ♥,
asyik menjeling dalam kelas ♥,
minum air perghh kongsi segelas ♥.

Bila ada konflik ♥,
haa mula la nak frust ♥,
nak tunai solat pun malas ♥,
tak dapat tumpu study dalam kelas ♥,
waktu result nak keluar tahu pulak cemas ♥,
takut ♥.. exam tak pass ♥,
tup2 awek sendiri kena kebas ♥,
kesian ♥.. melepas ♥.

So ♥,
jadilah couple yang ada class ♥,
berdating ikut lunas ♥,
bergaul ada batas ♥,
jaga maruah dengan tegas ♥,
syariah dijaga dengan jelas ♥,
tutur kata sentiasa beralas ♥,
kalaulah cinta yang dihulur ikhlas ♥,
janganlah bimbang ♥,
cintamu pasti berbalas ♥.

♥ cinta bukan pada c0uple..
♥ cinta bukan pada I ♥ U..
♥ cinta tidak terletak pada I MISS U..
♥ itu semuanya cinta nafsu..
♥ cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijab qabul dilafazkan..
♥ ketika itulah tujuan cinta menjadi kerana Allah..
♥ satukanlah cinta kerana Allah ♥

Saturday 26 May 2012

let enjoy!

alhamdullillah syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya saya masih di panjangkan umur... ^_^
sudah habis kem baru boleh enjoy semasa cuti ni...hu3....